About BITE MEE
Aplikasi ini adalah sebuah aplikasi publisiti online dan info bagi restoran BITE MEE. Restoran BITE MEE merupakan sebuah restoran yang menyediakan pengurusan servis bagi majlis (function) pelangggan. Restoran ini menyediakan menu makanan main dish ‘Mee Sarawak’. Di Restoran BITE MEE, pelanggan dapat menikmati hidangan mee yang sangat popular dan unik dari Sarawak iaitu Mee Belacan, Mee Sapi, Mee Kolok, Mee Rojak dan Mee Sup Ikan. Semuanya dihasilkan dari ramuan rahsia dan tradisi Chef Fiedrick yang terkenal dari daerah tersebut.