About DigitalHadith - Kitab Ilmu
“DigitalHadith" merupakan satu aplikasi yang dihasilkan dari projek penyelidikan Universiti Malaya yang dibiayai oleh UMRG (University Malaya Research Grant): RP003B-14HNE yang bertajuk “Preserving The Authenticity of The Digital Hadith" atau diterjemahkan sebagai “Memelihara Autentisiti Hadith Digital". Projek ini dimulakan pada Julai 2014 yang juga merupakan salah satu dari projek utama yang bertajuk “Preserving the Authenticity of the Digital Quran & Hadith".
Tujuan utama projek penyelidikan DigitalHadith ini ialah untuk memaparkan Hadith yang autentik yang berasaskan tema atau topik tertentu dari aspek teks atau nass, terjemahan, visual sanad Hadith atau rangkaian perawi Hadith, keterangan fiqh Hadith serta teks-teks Hadith palsu yang terpilih. Sebagai satu permulaan bagi membina aplikasi baru DigitalHadith, maka tema atau topik “ilmu” telah dipilih sebagai topik pertama bagi pengisian data yang bersumberkan kepada kitab-kitab utama Hadith yang dikenali sebagai al-Kutub al-Sittah.
Bagi topik atau tema ilmu di dalam aplikasi ini, terdapat 76 teks Hadith Sahih dengan 51 bab atau tema khusus yang bersumberkan dari Kitab Sahih al-Bukhari. Di samping itu terdapat 30 teks Hadith Sahih dengan 6 bab atau tema khusus yang bersumberkan Sahih Muslim. Bagi tema ilmu di dalam aplikasi ini, terdapat juga sumber dari Sunan Abi Dawud yang mengandungi 28 teks Hadith dengan 13 bab atau tema khusus. Manakala sumber dari Sunan al-Tirmidhi terdapat 43 teks Hadith dengan 19 bab atau tema khusus yang berkaitan dengan ilmu. Justeru jumlah keseluruhan teks Hadith autentik yang berkaitan dengan topik atau tema ilmu yang bersumberkan rujukan dari al-Kutub al-Sittah ialah sebanyak 177 teks Hadith. Rujukan utama al-Kutub al-Sittah yang bercetak bagi aplikasi ini ialah Mausu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, terbitan Dar al-Salam, Riyad, Arab Saudi cetakan 2012 khususnya dari aspek autentik teks Hadith. Dari aspek autentik terjemahan teks Hadith, banyak buku-buku terjemahan teks Hadith dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang dirujuki dan diteliti semula dengan kitab-kitab Sharh al-Hadith yang berkaitan dengan kitab-kitab di dalam al-Kutub al-Sittah. Dari aspek visualisasi dan keterangan Sanad al-Hadith yang terdapat di dalam aplikasi ini, beberapa kitab Sanad al-Hadith yang utama telah dirujuki. Manakala dari aspek Fiqh al-Hadith atau pengajaran dari teks Hadith, beberapa kitab Sharh al-Hadith telah dirujuki. Kemudian dilakukan proses terjemahan dalam bentuk ringkasan dan diedit lagi bagi dipaparkan terjemahan yang autentik dan mudah difahami khususnya di dalam Bahasa Melayu.
Peringkat membina aplikasi andriod pula merupakan proses yang agak rumit dan memakan masa hampir setahun dengan pihak pembangun aplikasi. Justeru gabungan metode perpustakaan yang melibatkan analisis data dan metode teknikal bagi merekacipta satu aplikasi andriod khusus di peringkat awal ini merupakan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang cukup bermakna bagi kumpulan penyelidik HadithDigital.
Bagi melangkapkan paparan aplikasi ini dengan teks dan huraian Hadith bertemakan ilmu yang autentik, maka dipaparkan juga Hadith palsu atau Mawdu' sebanyak 154 teks dengan 67 bab atau topik khusus yang berkaitan dengan ilmu.
Sehubungan dengan itu, aplikasi DigitalHadith ini akan terus dikemaskini dari aspek kandungan dan paparannya bagi tujuan penambahbaikan berterusan dari pihak kumpulan penyelidik HadithDigital yang diketuai oleh Prof Madya Dr Ishak Suliaman. Projek ini memerlukan sokongan yang berterusan dari pencinta ilmu pengetahuan khususnya yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Sebarang komentar dan cadangan boleh dihantar ke email drishak69@gmail.com atau ishakhs@um.edu.my. "DigitalHadith" is an application that is generated from the research project of the University of Malaya financed by UMRG (University Malaya Research Grant): RP003B-14HNE entitled "Preserving The Authenticity of The Digital Hadith" or translated as "Preserving the authenticity of Hadith Model". This project started in July 2014, which is also one of the main project entitled "Preserving the Authenticity of Digital Quran & hadith".
The main objective of this research project is to display DigitalHadith authentic Hadith which is based on a particular theme or topic of the text or nass, translation, visual chain of narrators of Hadith or network Hadith, Fiqh Hadith evidence and false Hadith texts selected. As a starting point for building a new application DigitalHadith, the theme or topic of "science" has been selected as the first topic for filling data sourced from major books of Hadith known as al-Kutub al-Sitta.
Knowledge of the topic or theme in this application, there are 76 text Hadith with 51 chapters or special theme derived from the Book of Sahih al-Bukhari. In addition there are 30 Sahih Hadith text with 6 chapters or special theme derived Sahih Muslim. For science themes in this application, there are also a source of Sunan Abi Dawud Hadith texts containing 28 to 13 chapters or specific theme. While the source of Sunan al-Tirmidhi Hadith there are 43 texts with 19 chapters or specific themes related to science. Thus the total number of authentic Hadith texts related to the topic or theme of reference derived from al-Kutub al-Sitta is a text of 177 hadith. The main reference al-Kutub al-Sitta printed for this application is Mausu'ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sitta, issue Dar al-Salam, Riyad, Saudi Arabia in 2012, especially from the aspect of printing text authentic Hadith. From the aspect of authentic Hadith text translation, many books of Hadith text translation in Bahasa Melayu and Bahasa Indonesia that refers to and reviewed by the books Sharh al-Hadith related to the books in the al-Kutub al-Sitta. From the aspect of visualization and Sanad al-Hadith information contained in this application, several books of Sanad al-Hadith which has been pronounced key. While in terms of Fiqh al-Hadith or the teaching of Hadith texts, some of the book Sharh al-Hadith has been pronounced. Then do the translation process in the form of a summary and edited again to display the translation of authentic and understandable, particularly in the Bahasa Melayu.
Ranked build andriod application also is a somewhat complicated process and takes nearly a year with the developer of the application. Thus the combined library methods that involve data analysis and technical method for designing a special andriod application in the early stages of a process of research and development (R & D) is quite meaningful for the research team HadithDigital.
Melangkapkan display for this application with text and description of the theme of the authentic Hadith, the Hadith also appears false or mawḍū'at 'as much as 154 text with 67 chapters or specific topics related to science.
Accordingly, the application will be kept updated DigitalHadith aspects of content and presentation, for the purpose of continuous improvement of the HadithDigital research group led by Prof. Dr. Ishak Muliaman. This project requires continued support from lovers of knowledge, especially that derived from the Quran and the Sunnah of Muhammad Any comments and suggestions can be sent to email or ishakhs@um.edu.my drishak69@gmail.com.
by S####:
terbaik