Frog VLE (SMKDUA) for Android
Kejayaan SMK Dato` Usman Awang tidak datang sekelip mata. Ianya melibatkan ramuan dan resipi perancangan yang sistematik dan tersusun. Dengan penubuhan Jawatankuasa Task Force Frog VLE , bermula pada awal tahun 2015, Pengetua , En. Rosman Bin Bachok telah menetapkan visi dan misi dalam Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1/2015, bahawa pelajar dan guru perlu 100% menggunakan Frog VLE. Hasil kepimpinan yang tinggi dalam bidang ICT , maka beliau telah mendapat Anugerah Kepimpinan ICT Daerah Johor Bahru Tahun 2015 pada Hari Guru Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2015. Antara inovasi yang telah dilakukan adalah menggunakan platform Frog VLE untuk menyimpan segala dokumen sekolah seperti Buku Pengurusan Tahun 2015 tidak lagi dicetak tetapi diedarkan secara maya dan juga mewajibkan Rancangan Pengajaran Harian dalam online iaitu dikenali sebagai E-Rekod.
Thank you cikgu fadzil
Boleh guna dekat rumah senang saja
Easy to use
Easy to use
by Z####:
Niceee