Tiada Alasan Jilid 2 for Android
Pada satu peringkat dalam hidup penulis ini, satu soalan mula ditanya iaitu, “Mengapa sesetengah orang lebih berjaya dari orang lain?” Pencarian jawapan kepada soalan yang ditanya itu telah mengubah hidup penulis.
Penulis telah membaca beratus-ratus buku dan rencana tentang kejayaan dan pencapaian. Didapati, jawapan kepada persoalan yang ditanya tadi telah ditulis dan dibincang lebih dari 2,000 ribu tahun lagi. Bermacam sebab dan cara telah ditunjukkan untuk kita kutip dan amalkan.
Satu daripada sebab yang dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah, pakar dan guru adalah pentingnya sifat disiplin diri. Disiplin diri merupakan satu perkara yang mesti ada untuk menahan diri dari membuat alasan. Disiplin diri adalah kunci kepada pintu keluar dari gelembung ‘nanti’ yang memerangkap kita. Ianya bukan sahaja kunci kepada pintu keluar, malah merupakan kunci kepada kehidupan yang lebih baik dan pembawa kejayaan. Tanpanya, tiada kejayaan akan dapat dicapai. Jika tercapai pun, tidak akan kekal lama.
Pembentukan peribadi dengan disiplin diri telah mengubah hidup penulis dan ianya boleh mengubah hidup pembaca yang budiman juga. Penulis berterusan mencabar diri untuk mencapai sesuatu telah membawa kepada kejayaan di dalam bidang jualan dan pengurusan. Penulis telah menyambung pelajaran dalam umurnya sekitar 30an sehingga berjaya mendapat ijazah. Banyak masa dan pengorbanan telah dibuat untuk mencapai impian itu. Semuanya dengan disiplin diri. Penulis juga telah mengimport kenderaan Suzuki yang pertama ke Kanada, membuka 65 pusat pengedar dan menjual kenderaan bernilai $25 juta dollar. Itu juga telah dimulakan tanpa ada apa-apa asas mahupun pengetahuan tentang industri permotoran. Penulis melakukan semua itu dengan disiplin diri dan keazaman untuk belajar apa yang harus diketahui. Kemudiannya, menggunakan apa yang dipelajari apabila perlu pada masa yang sesuai.
Penulis juga menceburkan diri dalam bidang pembangunan hartanah tanpa ada apa-apa pengetahuan dan pengalaman. Berbekalkan disiplin diri untuk belajar dan bekerja keras, penulis telah berjaya membina pusat membeli-belah, taman industri, bangunan pejabat dan taman-taman kediaman.
Dengan disiplin diri juga, penulis telah membuka pusat latihan, pejabat jururunding, menjadi penceramah, penulis, membuat rakaman dan pengedaran. Buku-buku, buku audio, video, seminar dan program latihan penulis telah terjual lebih $500 juta dalam 36 bahasa di 50 buah negara. Kesemuanya itu diiringi dengan disiplin diri yang tinggi bagi menjamin kejayaan setiap satunya.
Penulis mendapati bahawa kita boleh mencapai apa sahaja matlamat yang kita tetapkan jika kekal berpegang pada disiplin diri. Terus buat perkara yang harus dibuat dan tidak berputus asa dengan mudahnya.