About Bekam HQ
Bekam (atau dikenali sebagai hijama dalam bahasa arab, dan cupping dalam bahasa inggeris) adalah kaedah rawatan sunnah membersihkan darah daripada kotoran dalaman badan.
Penyembuhan itu milik Allah. Dalam satu kajian, di dapati efek merawat penyakit dengan perubatan moden yang digabungkan dengan rawatan sunnah bekam boleh mencapai 300% lebih efektif.
Bekam HQ ini mengandungi olahan daripada laporan kajian yang dibuat oleh Salah Mohamed El Sayed et al, dalam kertas kerja beliau ‘Therapeutic Benefits of Al - Hijamah: in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine’ yang telah diterbitkan dalam ‘American Journal of Medical and Biological Research’ pada tahun 2014.
Disebabkan kertas kerja tersebut adalah sangat teknikal, Bekam HQ ini mengolah semula laporan kajian tersebut dalam bentuk grafik yang lebih memudahkan pemahaman untuk golongan umum.
Dalam applikasi Bekam HQ ini, anda boleh mendapati:
: Maklumat umum bekam
: Panduan dan manfaat bekam bukan sebagai rawatan alternatif tapi sebagai rawatan komplementari kepada perubatan moden. Hasil gabungan rawatan sunnah bekam dengan rawatan perubatan moden didapati lebih memberangsangkan berbanding dengan perubatan moden sahaja.
: Ilustri berkualiti tinggi titik-titik bekam sebagai panduan memudahkan perawat bekam memilih lokasi yang paling strategik dalam meletakkan cawan-cawan bekam.
Semua ilustri kualiti tinggi daripada aplikasi Bekam HQ ini boleh anda share kepada sesiapa sahaja dengan beberapa langkah mudah.
Dengan kita berikhtiar merawat dengan kaedah sunnah, bukan sahaja kita akan mendapat kebaikan kesihatan tetapi juga kita termasuk sebagai golongan yang menghidupkan sunnah di zaman ini.
Bekam HQ akan di kemas kini dari semasa ke semasa untuk menambahkan lagi informasi yang berkaitan dengan bekam.
InsyaAllah, bukan sahaja kita jadi insan yang sihat, tetapi juga insan yang Allah redhai.
Muat turun sekarang Bekam HQ !!
by M####:
Assalamualaikum, mohon izin untuk saya gunakan untuk tambah ilmu saya dan untuk share dengan pelanggan saya.. Jazakallah