About SHEAL - Spiritual Healing
**Aplikasi SHEAL ini sesuai untuk peranti seperti telefon pintar. Jika anda menggunakan tablet, sila muat turun dari link ini.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.appsmalaysia.shealhd
**Bagi melihat video rawatan, anda memerlukan akses kepada Internet.
SHEAL
======
Aplikasi SHEAL adalah singkatan kepada Spiritual Healing, merupakan aplikasi rawatan alternatif/komplimentari bagi mengubati pesakit yang mengalami penyakit-penyakit seperti:
A. Penyakit Medic:
Penyakit yang boleh dikenal pasti oleh doktor dan bidang perubatan moden.
Penyakit Medic terbahagi kepada dua iaitu:
1. Medic Non-Kronik:
Penyakit tak kronik yang tempoh kesakitannya tidak lama, tidak melibatkan perlunya pembedahan. Contoh Penyakit: Batuk, selsema, demam, pening kepala, sebu perut dan lain-lain.
2. Medic Kronik:
Penyakit kronik yang boleh membawa kepada kematian atau perlunya pembedahan. Punca penyakit medic kronik kebiasaannya berpunca dari makanan yang diambil kemudian ia menjadi toksin dalam tubuh sehingga menyebabkan penyakit seperti kanser, saluran sumbat pada jantung, hati dan lain-lain.
B. Penyakit Non Medic
Penyakit yang tidak dapat dihuraikan dalam bentuk saintifik dan bidang perubatan moden. Contohnya seperti gangguan makhluk halus, histeria, santau, saka dan lain-lain lagi.
1. Penyakit Non Medic Non-Kronik adalah penyakit yang boleh dikawal. Contohnya seperti: ternampak kelibat, dihempap dan lain-lain.
2. Penyakit Non Medic Kronik adalah penyakit yang tidak dapat dikawal dan sudah lama menderita. Contohnya santau, saka dan lain-lain.
Aplikasi SHEAL ini disalurkan atau diselaraskan dengan gelombang energi/tenaga dari alam yang telah lama ada di dunia dan disediakan oleh Allah. Perubatan SHEAL adalah terapi semula jadi yang diserap daripada alam semesta. Jadi tenaga ini diselaraskan oleh pakar Metafizik kepada aplikasi SHEAL supaya ia dapat merawat sesiapa sahaja samada muslim/non-muslim, penyakit medic/non-medic.
Walaubagaimanapun, bagi anda yang mempunyai penyakit MEDIC samada kronik atau non-kronik, anda dinasihatkan berjumpa dan menggunakan khidmat doktor/perubatan moden dahulu. Aplikasi SHEAL hanyalah satu rawatan alternatif kepada penyakit-penyakit yang terdapat pada diri anda.
Ciri-Ciri Aplikasi SHEAL:
1. Video bacaan niat dan cara-cara membuat rawatan bagi diri sendiri (pesakit) ataupun bagi merawat pesakit lain.
2. Audio bacaan niat bagi diri sendiri (pesakit) ataupun bagi merawat pesakit lain.
3. Cara rawatan yang berbeza dan sesuai bagi orang Muslim/Islam atau bukan Muslim/Islam.
Pihak AppsMalaysia berharap anda dapat menggunakan aplikasi SHEAL bagi terapi menyembuhkan penyakit anda yang mungkin baru anda alami atau telah lama anda hadapi. Semoga aplikasi ini dapat membantu menyelesaikan masalah anda.
Jika anda berpuas hati dengan rawatan/terapi daripada SHEAL, anda boleh menyumbangkan dalam bentuk kewangan kerana pihak SHEAL dan AppsMalaysia akan menyalurkan sebahagian daripada dana tersebut kepada badan-badan kebajikan seperti rumah anak-anak yatim dan sebagainya, sebagai salah satu cara kami dan juga anda untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Kami berharap dengan memberikan rawatan/terapi SHEAL kepada semua, ia dapat menolong ramai orang diluar sana yang memerlukan bantuan rawatan dan mungkin ada dari rakan atau keluarga anda yang telah banyak mengeluarkan belanja untuk merawat penyakit-penyakit samada medic atau non medic.
Diharapkan pada anda yang memuat turun aplikasi ini dapat menyebarkan kepada rakan-rakan dan keluarga yang lain kerana mungkin mereka memerlukan bantuan rawatan alternatif/komplimentari bagi penyakit mereka.
Kenapa anda perlu mendapatkan aplikasi SHEAL sekarang?
1. Salah satu cara merawat masalah/penyakit anda, rakan atau keluarga.
2. Anda dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, golongan kurang upaya dan sebagainya.
Aplikasi SHEAL ini dibangunkan dengan kerjasama Master Hadzrin Shaari (www.hadzrin.com).