About Tafsir Mimpi Mingikut Islam
Tafsir mimpi menurut Islam:
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi
bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa
merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang
disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya
bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab,
"Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita
tersebut. Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan
kebenarannya. Semoga paparan ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya
Allah. Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana
susahnya.
Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya
menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang
dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil
dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan
oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup
mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan
tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.
Download and install
Tafsir Mimpi Mingikut Islam version 1.0 on your
Android device!
Downloaded 1,000+ times, content rating: Everyone
Android package:
com.andromo.dev405941.app464500, download Tafsir Mimpi Mingikut Islam.apk