About MySCN - Matriculation Students
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
MySCN for Matriculation Students ini adalah satu aplikasi nota ringkas dengan kategori yang telah ditetapkan oleh developer berdasarkan tugas dan tanggungjawab pelajar peringkat Matrikulasi.
Antara kategori yang dimasukkan adalah Jadualwaktu, Pensyarah, Kuliah, Tutorial, Amali, Tugasan yang lebih dikhususkan kepada subjek teras, English, Pendidikan Islam / Moral, Kemahiran Dinamika, Kokurikulum, Kelab / Persauan, Janjitemu, Lawatan, Program Khas Kolej, Ujian, Peperiksaan dan lain-lain.
Penerangan lanjut berkenaan cara penggunaannya diintegrasikan ke dalam aplikasi ini.
Disamping itu aplikasi ini dipautkan dengan laman-laman web utama untuk rujukan pelajar seperti laman web Bahagian Matrikulasi, laman web Kementerian Pendidikan Malaysia, dan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau Unit Pusat Universiti (UPU) KPM untuk rujukan berkaitan uurusan kemasukan ke IPTA / universiti.
Disamping itu, untuk pelajar Kolej Matrikulasi Selangor, aplikasi ini dipautkan dengan laman web dan portal eLearning KMS serta peta yang boleh digunakan secara otomatik dengan perisian GPS Waze (sekiranya dipasang) untuk memudahkan pelajar bergerak dari tempat masing-masing ke KMS.
Sekian, terima kasih.
Megat Ali Megat Johari
Pensyarah Kanan
Kolej Matrikulasi Selangor
(MAliMJ's ITCS)